Hidup kosong tanpa memori,hargai memori yang tercipta setiap saat dan detik dalam kehidupan kita

Tuesday, December 23, 2014

Lelah untuk rasa ini



Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum,


Biarpun bercinta denganmu sungguh indah,
Memutuskanmu buat aku terluka,
Tapi biarlah aku kecewa hari ini,
Dari nanti kehilangan harga diri,
Aku telah tiba di penghujung kesabaran,
Sebelum lebih menderita, 
Biarlah aku memebrikan kata putus.

Serangkap lirik yang serius membuat hati sesiapa yang pernah dikecewakan terasa sebak seketika,
Di keheningan malam ni tergerak jari jemari untuk menulis, Tulisan yang berlandaskan hati dan perasaan, Buat sesiapa yang tidak mengerti abaikan coretan ini..

Perasaaan Cinta, Kasih, dan Sayang yang Allah hadirkan adalah untuk dibahagikan sesama insan,
Perasaan Cinta akan jadi indah andai kedua-duanya menghargai rasa Cinta dan berbalas rasa Kasih dan Sayang tanpa mengharapkan apa jua balasan, yang lahir ternyata cuma keihklasan..

Perasaan itu adalah anugerah Allah buat hamba-hambaNya, andai kasih yang diberikan maka kasih jualah yang diterima, tapi andai kasih yang diberikan , kekecewaan yang diterima apakah itu antara bayaran yang harus dibayar hanya kerana mempunyai rasa untuk berkasih...

Manusia dan kekecewaan tidak dapat dipisahkan,,terkadang ia hadir hanya untuk menjadi kekuatan dan ujian buat insan yang bergelar hamba. Terkadang ia menjadi pengalaman dalam meniti hari menjadi hambaNya..

Sungguh perasaan bila harapan yang diberikan dibalas dengan diam seribu bahasa, menghilang tanpa berita merupakan sakit yang tiada sembuhnya, luka yang tiada terhenti mengalir darahnya..
Apakah yang difikirkan tatkala harapan diberikan dengan gahnya, tetapi saat menghancurkannya terlalu mudah,,terkadang tidak perlu kata-kata yang menyakitkan, dengan perbuatan itu pun sudah cukup menyakitkan..

Dosakah diri ini melahirkan rasa cinta dan sayang, dosakah diri ini melahirkan ia dengan penuh keihklasan..Setelah berkali-kali disakiti, tidak jua ada rasa sesal, seolah-olah kebal..terkadang meyakinkan yang datang kali ini pasti lebih baik,,tapi kesudahannya tetap sama..

Hebatkah engkau bilamana menyakiti dari menyayangi, memusnahkan dari menepati, meninggalkan dari mendampingi..tidak terpikirkah engkau Dia yang melahirkan rasa ini, dia yang membuat rasa ini wujud, hebat sangatkah diri engkau tatkala bermain dengan rasa yang Dia hadirkan ini..Tidak terfikirkah engkau Dia Maha Mengetahui segalaNya..

Sedarlah kini, andai cinta manusia yang disanjung maka itulah yang kita peroleh,tanpa rahmat dan redhonya. nama pun manusia,sejauh mana yang mampu dilakukan,,terbatas! Tetapi..

Andai cinta Allah yang dikejar, maka sandaran cintaNya akan disandarkan kepada manusia yang juga mengasihi dan dikasihi kerana Allah..cinta yang disandarkan itulah yang kekal..kekal untuk dipimpin hingga ke JannahNya..bukan cinta yang diheret ke lembah hina..

Ya Allah,...hati merintih untuk tidak lagi dilukai, hati juga menangis untuk tidak lagi disakiti..tanganku hadap ke langit memohon yang terbaik buat diri ini..hadirkan yang terbaik buat diri ini.. yang mampu menjadi pelngkap kepada kekurangan diri, yang mampu menjadi kekuatan kepada kelemahan diri, sekaligus menutup kekuranganku, yang hadirnya nanti disisi bisa menyempurnakan diri ini..

Cukuplah setakat ini,,diri lelah untuk rasa ini..Wassalam..






Saturday, November 2, 2013

Comeback

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrohim..



Rasenye ini la post pertama selepas berbulan2 aku x bukak blog ni...and sekarang ni pon alhamdulillah aku dah bergelar student third year..sebenarnya mcm2 citer yang berlaku sejak hr first masuk sem baru ni. Bermula dari episod duduk uma sewa..ulang alik dr kampus balik uma sewa..detik2 pahit yg berlaku sepanjang berebut2 dgn student lain utk naik bas nk blik uma sewa...n lastly dapat peluang duduk kolej after rayuan aku n rakan2 diterima...

Alhamdulillah..now officially 2 thun setengah menetap kt kolej..hehe...so means Sakura masih memerlukan aku..n masih syg kan aku..cewahh...hehe

Ok itu muqaddimah dia..
Di suatu petang senja yang x berapa nak hening...
Aq dikejutkan dgn soalan yg diajukan housemate aq...tetibe je si wina ni bertanya...

"Cah..awk tak pernah rasa ke dikihianati and dikecewakan kawan sendiri,even best friend awk sendiri ke?"..

aku berfikir sejenak..then aku jawab..

"tipu la kalau kite tak pernah dikecewakan manusia...sbb da fitrah manusia..tak sempurna..dari kecik lg samada igt x igt jek..kite pon da pandai rase sedih kan kalau kawan kite bt onar dgn kite..nikan da tua bangka mcm ni..rase dikecewakan,dikhianati kdg2 mcm dah lali..immune dlm diri..sbb kn da immune la kdg2 ape yg berlaku tu tak pandai nk luahkan..just kept safely and secretly dalam hati.."

Kadang2 org takkan paham apa yang kita rase and alami sehingga dia sendiri benar2 ada di situasi tersebut..kadang2 emosi tak selari dgn ekpresi...mgkin dalam bergelak ketawa tersimpan 1001 duka lara..kdg2 manusia mudah menghukum dari mengadili..bila hati senang je dicop xpernah ade masalah..padahal mungkin itu aje penyelesaian yg dia ade demi menutup luka dan kesedihan dihati..manusia mudah berkata dari memahami..lumrah dalam persahabtan kan ade pasang surutnye..manusia ni mg x sempurna so jgn la kite terlalu menyimpan harapan melangit mengharapkan sahabat yg sempurna sbb kite sendiri pon banyak kekurangannya..

Dedicated to wina:
Chill...no sedih2 bila kita hidup ni sering dikecewakan..da nama manusia...satu je penyelesaiannya..if xde sape nk yg awk percaya mampu memahami perasaan awk bile dikecewakan..merintih pada SI DIA..yang fitrahNya tidak pernah mengecewakan hamba2Nya...:')

Belajar untuk terima kelemahan orang lain...

Thursday, June 6, 2013

Exam feeling

Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum

Waktu dan ketika ini tetiba terajin pulak tangan ni nak mengupdate blog..walhal segala nota2,slide dan coding2 yang masih belum kukuh kefahaman ku terhadap mereka masih belum lagi aku mengadap..boleh pulak tak ada rasa sera salah pada mereka semua..exam nak dekat dah ni..haissshhh(lemparkan kemarahan dan kebencian pd diri sendiri)..ampunkan aku PROLOG,JAVA :( .......tak apa2...habiskan update..lepas ni baru sambung..tak molek buat kerja separuh jalan ni(kata orang yang tua2)ekceli hari nak update pasal exam dan study week punya cerita..cerita pasal exam ni nk wish jugak la kat anda2 semua yang sama2 sedang berjuang untuk FINAL EXAM,baik yang berjuang mati2an mahupun yg tidak....kompem yg gagah study ni tak tido berhari2 kan..kan..kan....mata korang tu da tak boleh nak tutup..asyik nak ngadap buku.aje..kalau tertido aje mesti  rasa serba salah tahap melampau2...cepat2 bukak buku qada' sekali utk waktu study yg digunakan utk tidur secara tak sengaja tadi..perghh..bravo org macam ni...tabik berspring2 la kt korang!!sama lah macam eca..tak tidur malam kata kau kalau study week ni..bengkak2 mata den ni ha..duduk sebelah panda pun orang boleh cakap sedara,nampak tak sungguh2 betol da ni.....padahal hyperbola bagai,stay up malam layan RUNNING MAN..cerita KOREA,benda tak berpekdah ni juga dilayan..padahal sedo diri benda2 ni tak masuk exam..penghujungnya selera nak layan slide dan segala mcm nota dah tak ada..keji sungguh student mcm ni kan.. >.<

Tapi tu bkn point nya la kan eca nak share..ekceli hati ni tersangat suci dalam debunya nk mengewish awok2 semua yang akn sama2 bertempur untuk final ni....minggu peperiksaan kat UNIMAS ni secara rasminya akn start pd 12/6 nanti...uihh tak lama lagi kan..tapi apakah yg sedang aku lakukan ketika ini,online memanjanggggggg...kalau online ni part time punya keje dah berkepuk2 duit aku dlm bank ni..penuh duit overtime mengonline..huh! =.=

sebelum study week dah menjadi kebiasaan yg hakiki la kan student2 harus tempuhi mnggu2 presentation,projek due,assignment apa semua tu..dan Alhamdulillah minggu tu dah berlepas dgn jayanya...dan carry mark pun da keluar...erkkk...bile tgok carry mark ade yg rasa nk menangis..ade yg rasa nak hentak kepala kat bantal laju2....ade yg rasa nk lompat mcm org tak penah ada akal kt tgah2 rumah.....korang kalau baca pun dah bole gambarkan sebenarnye bentuk2 carry mark eca.....tapi apa yg bole dilakukan ketika ini teruskan usaha tanpa putus asa ok..putus urat takpe....


akhir sekali...eca juga nak minta maaf pada rakan2 seperjuangan yg sama2 memperjuangkan cita2 demi mendapatkan kejayaan yg kita harapkan dlm hidup ni....mungkin dalam setiap pertuturan eca itu taklah selembut Nora Danish....setiap kata2 eca tidak lah bermanfaat dan baik seperti Ustazah Siti Norbahyah(idola eca ni :D)..dan perbuatan eca ni tak lah seayu dan sesopan Heliza Helmi..eca hanya insan biasa yg penuh dgn kekhilafan..dgn kekhilafan inilah membuat eca sedar manusia itu tak kan ada yg sempurna perilakunya kerana sering melakukan dosa tiap hr,tiap masa tanpa kita sedar...dgn kekhilafan ini jugalah eca nak mohon maaf pada rakan2 yg mungkin terasa,tersinggung,tercedera emosi akibat perbuatan yg mgkin sengaja dan xdisengajakan..maaf dipinta dr hujung rambut sampai hujung kuku....eca doakan semoga kita semua diberi kemudahan utk menghadapi peperiksaan nanti..dan mudah-mudahan berkat doa kita semua,,doa ibubapa kita,,rakan2 kita,,saudara2 kita..inshaAllah Allah akan permudahkan segala urusan kita semua..aminnnn..akhir kata chaiyok utk rakan2 yg nak exam tu...
                                   
                                         Selamat study kawan2...May Allah bless Us...

Monday, June 3, 2013

Segmen:Mari Tambah Kenalan Blogger By Mr.K

Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum


Jom Join segmen Mari Tambah Kenalan Blogger by Mr.K



 
Jumlah Follower Terkini:
24


Pada blogger2 baru macam cah yang nak tambah kenalan boleh la join segmen dengan mengklikkan  gamba kat atas ni utk nak tahu cara2 nak join segmen ni ok..
Salam perkenalan dari eycha...^^,




Wednesday, May 29, 2013

Obses!

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum


Hari ni eksaited terlebih sebab dapat bungkusan istimewa dari JOHO...benda yang ditunggu2 akhirnya sampai jugak..
Kopi Mahkota Dewa
Kalau korang tengok gamba mesti ada suara2 hati yg sumbeng.."ek eleh kopi je pun"...ketahuilah kamu semua walaupun benda ni tak berapa nk spesial la kan tp mepunyai impak yg hebat dalam diri insan yg bernama eca ini..kopi pun boleh buat eca sentimental..secara jujur dan berterus terang nya eca nak buat pengakuan yg eca mempunyai tebiat yg tak berapa nk owsem sgt la bunyinya iaitu obses pada kopi..eca mmg suke tahap maksima terhadap segala jenis kopi dan eca sgt2 lah tertarik dgn bau-bauannya..tapi dgn syarat bkn kopi itam atau tongkat ali..tak berapa nak berkenan dengan tekak...tapi kalau da buat suruh eca minum,memang bantai aje..tapi tak berapa nk peberet sgt la..

 kalau balik cuti then nk blik UNiMAS balik da minta kat abh beli banyak2 kotak kopi untuk stok satu sem terus..kdg2 abah beli sampai 3 kotak..xabes sem lg,3 kotak kopi da abes kot..perghh nampak tak kegilaan disitu..then tepon abah minta restok kopi....kdg2 abah bebel jugak..."mak aih cepatnye abez..kakak xbole minum kopi sgt..x elok..kaffein bnyk..bla.bla.bla..last2..."ok2 nnti abh pos..nk berapa dua ke tiga..??!" nampak tak disitu..nak dua ke tiga...sokongan ibubapa itu penting ye dlm usaha menyokong keobsesan ank masing2..dlm marah2 tu bole jugak la nak anta berkotak-kotak....=.='

ekceli tebiat ini diwarisi dari abah sobona aih...dulu tak minat pun minum kopi ni....cukuplah sekadar milo,vico,horlick dihati ni..maklumlah umu tak lanjut lagi..da semakin besa dan meningkat dewasa..da xmain milo2..nak try kopi la pulak kononnya..tengok abah selalu sgt minum kopi pagi2mlm2,ptg2 sambil layan lagu dangdut diruang tamu..sambil menggoyang2kan kepala untuk mendapatkan feeling..secawan kopi tak penah lekang ditangan...bila abh buat kopi..aduhh semerbak bau.. satu rumah dapat ambipur perasa kopi..dan semakin lama keobsesan terhadap kopi tidak boleh disangkal lg oleh mana2 manusia..dan abh pun bangga dgn pencapaian ank perempuannya yg Gyomi ni kerana berjaya mengikut tebiatnya..
akibat keobsesan tu tetibe terpikir aq ni syok sgt mnum kopi sampai tak amik thu kesan baik bruk aq mnum kopi ni..then terajin plak search..nak thu baik ke idok sebenonye minum kopi ni..

then ini yg eca jumpe:

1. Pengambilan kopi 6-8 cawan sehari akan mengurangkan risiko kencing manis sebanyak 54% pada lelaki dan 30% pada wanita.
2. Peminum kopi juga mempunyai 80% kurang risiko untuk mendapat penyakit Parkinson, 25% kurang risiko mendapat barah usus dan 80% kurang risiko mendapat kerosakan hati.
3. Kafein merangsang aktiviti otak untuk melupakan rasa letih, meransang aktiviti otot dan dapat meningkatkan keupayaan seorang athelit
4. Kajian di Brazil, mendapati bahawa kanak-kanak yang minum secawan kopi setiap hari dapat mencegah masalah kemurungan, menyebabkan lebih aktif dan mudah menerima pelajaran.
Antara kesan buruk jika meminum kopi secara berlebihan ialah, rasa berdebar-debar, menggigil/ketar tangan,meningkatkan paras kolesterol, gangguan tidur, tulang cepat reput.
5. Kopi juga menyebabkan constipation atau susah buang air besar. 
6.Kopi menyebabkan karang gigi dan gigi menjadi kuning bila digunakan dalam jumlah berlebihan.  
7.Walaupun kopi memiliki banyak manfaat, kopi dikenal dapat meningkatkan kegelisahan.
8.Membahayakan Gangguan Mata 
Gangguan mata dipengaruhi oleh kafein, zat yang dikandung dalam kopi. Gangguan tersebut disebut exfoliation glaucoma. "Minum tiga uncang kopi atau lebih dalam sehari, didapati meningkatan gangguan pada glaucoma iaitu sejenis penyakit dalam mata, khususnya bagi mereka yang memiliki sejarah  keluarga glaucoma dimana kesannya melibatkan bebola mata. Kemudian ia juga boleh menyebabkan kerosakan saraf optik disekitar mata. Ini boleh menyebabkan risiko buta untuk selamanya. Risiko kerosakan mata in akan meningkat jika anda mengamalkan terlalu banayk kafein.  
9.Peningkatan Degup jantung  
Kafeine mempengaruhi sistem kardiovaskular seperti peningkatan degup jantung dan tekanan darah. Kesan negatif itu muncul apabila korang minum secara melebih2. Bagi kebanyakan orang, minum dua sampai tiga bungkus kopi tidak memberikan apa-apa kesan negatif. Tetapi bila korang minum kopi dengan kuantiti lebih daripada biasa  yg korang minum ia boleh mengakkibatkan jantung berdebar-debar dalam kondisi yg tidak normal, susah tidur, kepala pening dan mcm2 gangguan lainnya. 
10.untuk ibu hamil pula memang disarankan tidak minum lebih dari satu bungkus kopi sehari atau paling elok nya tak payah minum lansung.. 

Ngantuk ke meow..meyh minum kopi meyh.. :D


Nota dari Hati: So kesimpulannya kat sini..kopi tu ada baik buruk nya...terpulang kepada berapa banyak korang minum kopi untuk satu hari tu..adakah sampai bercawan-cawan hendaknya..opkoz la tak kan..harap2 tak la ye..luckily ecah masih boleh mengawal dgn bijaknya jumlah kopi yg ecah amik utk satu hari tu..kadang2 satu bungkus..pling bnyak pon dua bungkus..satu pagi and satu mlm..so kawallah pengambilan kopi secara bijak nya ye...lots of love dr hantu kopi...hehheheh!! :D

Friday, May 3, 2013

Officially 21!!

Bismillahirrahmnirrahim

Assalmualaikum


Alhamdulillah 15/4 hr tu secara rasmi nye 21 tahun..Alhamdulillah utk segala-galanya Ya Allah...terima kasih keran menghadirkan insan2 yang tidak jemu dan bosan menyayangi diri ini..kurniakanlah limpah rahmat pada mreka Ya Allah..berkatilah hidup mereka..sayangilah mereka..mereka jantung hatiku Ya Allah..tanpa mereka mustahil aku bisa hidup...lot of love to my Abah,and my lil bros and sis...muahhh3..sayang kome semua ketat2...terima kasih utk segala-galanya..terima kasih utk majlis hr jadi yg sederhana tp sgt istimewa..da tua2 pon nk smbut..abah kata xpela..bukan selalu pon..hee..sayangg abah!..:)

Selamat hari jadi utk:
kek utk 4 org sekali..jimat kos..hahaha

  •  aku..
  • azam(ateh) 19/4
  • amin(ude) 12/5
  • musfirah(cousin senget aku)tua 5 hr..haha 20/4

Anybody??

Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum


tuk...tuk...tuk...nak masuk ni...haishhh lame gile tak jenguk rumah sendiri ni..dah bersawang2 da ni..haha...bile da tak de cerita nk cite mcm nilah jadinya..tinggalkan blog terkontang-kanting tanpa penghuni..hehe..perghh serious gile sem ni mcm bz sgt ajee..(bz ke??)da la nk keja tu nak keja ni..nk merit melimpah-limpah ke ladang gandum terpaksa la mengaktif kan diri masuk tu masuk ni..sampai ke tahap nk memalukan diri pon bole jugak la nk juin..hahaha..tu semua merit punye pasal ok..kalau xde merit xyah stay kolej dah pasni..so..demi SAKURA tercinta..ku gagahkan diri ini untuk lakukan ape saje untukmuuuuuu!!!....haha..dah habis poyo dah ni...=.=''..

lg satu dah nak ujung sem ni..menjadi tebiat lecturer2  keluar kan esaimen and projek yg susah gile2..then anta tarikh yg sipi2 jek beza nya..dan kita orang pun like "what????!!!!"sambil mata terbeliak menahan air mate,air hingus yg da nk keluar..terima dengan hati yg rela dan pasrah,redho dgn semua ini..takkan la nak buat rusuhan beramai-ramai kot..bawak sepanduk berdiri depan bilik lecturer.."Hentikan pengeluaran esaimen secara berlambak-lambak,kami mahukan kebebasan"..hahaha..boleh ke buat mcm ni.. tapi ni semua demi kebaikan kita jugak..ye dok..haha..kalau da kua u da x rase dah benda2 mcm ni lg..hehehe.. so jgn mengeluh ea..TERIMA JE LA~~~~haha..Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian ye anak-anak..hee...

by Diari Si Genit Eycha