Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Hari ni eksaited terlebih sebab dapat bungkusan istimewa dari JOHO...benda yang ditunggu2 akhirnya sampai jugak..
![]() |
| Kopi Mahkota Dewa |
Kalau korang tengok gamba mesti ada suara2 hati yg sumbeng.."ek eleh kopi je pun"...ketahuilah kamu semua walaupun benda ni tak berapa nk spesial la kan tp mepunyai impak yg hebat dalam diri insan yg bernama eca ini..kopi pun boleh buat eca sentimental..secara jujur dan berterus terang nya eca nak buat pengakuan yg eca mempunyai tebiat yg tak berapa nk owsem sgt la bunyinya iaitu obses pada kopi..eca mmg suke tahap maksima terhadap segala jenis kopi dan eca sgt2 lah tertarik dgn bau-bauannya..tapi dgn syarat bkn kopi itam atau tongkat ali..tak berapa nak berkenan dengan tekak...tapi kalau da buat suruh eca minum,memang bantai aje..tapi tak berapa nk peberet sgt la..
kalau balik cuti then nk blik UNiMAS balik da minta kat abh beli banyak2 kotak kopi untuk stok satu sem terus..kdg2 abah beli sampai 3 kotak..xabes sem lg,3 kotak kopi da abes kot..perghh nampak tak kegilaan disitu..then tepon abah minta restok kopi....kdg2 abah bebel jugak..."mak aih cepatnye abez..kakak xbole minum kopi sgt..x elok..kaffein bnyk..bla.bla.bla..last2..."ok2 nnti abh pos..nk berapa dua ke tiga..??!" nampak tak disitu..nak dua ke tiga...sokongan ibubapa itu penting ye dlm usaha menyokong keobsesan ank masing2..dlm marah2 tu bole jugak la nak anta berkotak-kotak....=.='
ekceli tebiat ini diwarisi dari abah sobona aih...dulu tak minat pun minum kopi ni....cukuplah sekadar milo,vico,horlick dihati ni..maklumlah umu tak lanjut lagi..da semakin besa dan meningkat dewasa..da xmain milo2..nak try kopi la pulak kononnya..tengok abah selalu sgt minum kopi pagi2mlm2,ptg2 sambil layan lagu dangdut diruang tamu..sambil menggoyang2kan kepala untuk mendapatkan feeling..secawan kopi tak penah lekang ditangan...bila abh buat kopi..aduhh semerbak bau.. satu rumah dapat ambipur perasa kopi..dan semakin lama keobsesan terhadap kopi tidak boleh disangkal lg oleh mana2 manusia..dan abh pun bangga dgn pencapaian ank perempuannya yg Gyomi ni kerana berjaya mengikut tebiatnya..
akibat keobsesan tu tetibe terpikir aq ni syok sgt mnum kopi sampai tak amik thu kesan baik bruk aq mnum kopi ni..then terajin plak search..nak thu baik ke idok sebenonye minum kopi ni..
then ini yg eca jumpe:
1. Pengambilan kopi 6-8 cawan sehari akan mengurangkan risiko kencing manis sebanyak 54% pada lelaki dan 30% pada wanita.
2. Peminum kopi juga mempunyai 80% kurang risiko untuk mendapat
penyakit Parkinson, 25% kurang risiko mendapat barah usus dan 80% kurang
risiko mendapat kerosakan hati.
3. Kafein merangsang aktiviti otak untuk melupakan rasa letih,
meransang aktiviti otot dan dapat meningkatkan keupayaan seorang athelit
4. Kajian di Brazil, mendapati bahawa kanak-kanak yang minum secawan
kopi setiap hari dapat mencegah masalah kemurungan, menyebabkan lebih
aktif dan mudah menerima pelajaran.
Antara kesan buruk jika meminum kopi secara berlebihan ialah, rasa berdebar-debar, menggigil/ketar tangan,meningkatkan paras kolesterol, gangguan tidur, tulang cepat reput.
Antara kesan buruk jika meminum kopi secara berlebihan ialah, rasa berdebar-debar, menggigil/ketar tangan,meningkatkan paras kolesterol, gangguan tidur, tulang cepat reput.
5. Kopi juga menyebabkan constipation atau susah buang air besar.
6.Kopi menyebabkan karang gigi dan gigi menjadi kuning bila digunakan dalam jumlah berlebihan.
7.Walaupun kopi memiliki banyak
manfaat, kopi dikenal dapat meningkatkan kegelisahan.
8.Membahayakan Gangguan Mata
Gangguan mata dipengaruhi oleh kafein, zat yang dikandung dalam kopi.
Gangguan tersebut disebut exfoliation glaucoma. "Minum tiga uncang kopi atau lebih dalam sehari, didapati meningkatan gangguan
pada glaucoma iaitu sejenis penyakit dalam mata, khususnya bagi mereka yang memiliki sejarah keluarga
glaucoma dimana kesannya melibatkan bebola mata. Kemudian ia juga boleh menyebabkan
kerosakan saraf optik disekitar mata. Ini boleh menyebabkan risiko buta untuk selamanya. Risiko kerosakan mata in akan meningkat jika anda mengamalkan terlalu banayk kafein.
9.Peningkatan Degup jantung
Kafeine
mempengaruhi sistem kardiovaskular seperti peningkatan degup jantung dan
tekanan darah. Kesan negatif itu muncul apabila korang minum
secara melebih2. Bagi kebanyakan orang, minum dua sampai tiga bungkus
kopi tidak memberikan apa-apa kesan negatif. Tetapi bila korang minum kopi dengan kuantiti
lebih daripada biasa yg korang minum ia boleh mengakkibatkan jantung berdebar-debar dalam kondisi yg tidak normal, susah tidur,
kepala pening dan mcm2 gangguan lainnya.
10.untuk ibu hamil pula memang
disarankan tidak minum lebih dari satu bungkus kopi sehari atau paling elok nya tak payah minum lansung..
Ngantuk ke meow..meyh minum kopi meyh.. :D





jgn minum kopi byk sgt ecah... nanti x boleh jd photographer hakhak :D
ReplyDeletehaha...ade kaitan ke awok?
ReplyDeletewah tak pernah jumpa orang yang obses dengan kopi haha
ReplyDeletesekarang awk dah jumpe..hehehe..
ReplyDeletesalam kenalan
ReplyDeletedone nurul..=)
jemputla ke blogg saya nanti
sekuntumbungazara.blogspot..time kcih=)