Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum...
Hari ni satu hari asyik mengadap laptop aje..balik aje dari kelas pkul 10 pg td terus capai laptop,,duk on9 jek dr td..nak qada' utk semalam punye..haahahaha..semalam satu hr x dpt on9...server kat UNIMAS ni ade problem..so dorang tgah buat maintenance la kot...huhuhu..
Tadi tgah syok2 scroll news feed kat facebook..terjumpa satu article yang menyentuh kalbu ecah malam2 nih...article yang special tentang apa yang kita tak tahu pasal seorang ayah..
Cube gunakan sikit masa dari yang korang ada nih untuk baca artikel ni......
APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH
- Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?
- Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian
- Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??
- Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.
- Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..
- Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
- Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..
- Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..
- Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis.Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..
- Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..
#habis je baca artikel terus tergerak nak wat entry pasal abah...memang semua yang diceritakan artikel memang tepat untuk menggambarkan betapa suci dan ikhlasnya kasih seorang ayah tu walaupun tersembunyi di sebalik ketegasan insan yang bernama ayah..
Macam ecah sendiri..sejak kehilangan ibu..tiada kasih sayang yang lebih istimewa dari seorang insan yang bergelar abah pada ecah...
Dialah insan yang paling istimewa dalam diri ini,dialah bapa yang mendidik dengan penuh ketegasan dan dialah ibu yang memanjakan dengan penuh kasih sayang..
Walaupun hidup x sesempurna orang lain..tapi ecah bangga dan bersyukur sangat2 sebab ALLAH ITU MAHA PENYAYANG...walaupon kasih sayang yang ecah dapat cuma dari seorang abah tapi Alhamdulillah abah tak pernah buat kami rasa kekurangan...
Abah terlalu istimewa pada ecah,entry yang x seberapa ni x mampu untuk menceritakan betapa istimewanya abah pada ecah..
Abah la permata dan hadiah paling berharga dan tak terhingga nilainya yang Allah beri pada ecah dalam hidup ni..Alhamdulillah Ya Allah..dan abahlah sumber inspirasi ecah,ecah sentiasa berharap yang ecah juga mampu menjadi sekuat dan setabah abah dalam mengharungi liku2 kehidupan.,tapi ecah sedar ecah mungkin x mampu menandingi kekuatan dan ketabahan abah..
***Abah...kakak sayang sgt dekat abah..akak sentiasa mohon pada Allah agar abah dipanjangkan umur agar akak dapat berbakti pada abah dan menggembirakan abah dihari2 tua abah nanti..
~~~Ya Allah panjangkanlah umur abah ku,berilah kesejahteraan hidup didunia dan akhirat kepada abahku,dan kurniakanlah kesihatan yang sempurna pada abahku agar dapat terus mencurahkan kasih dan sayang kpd kami semua,dan Ya Allah janganlah kau jadikan aku anak yang tidak mengenang budi dan jasa ibu bapaku,berilah kekuatan kepadaku untuk memenuhi impianku agar dapat menggembirakan hati abah tercinta dengan kejayaan dan kebahagiaan yang akan kukecapi kelak..aminnn...
Nota dari hati:hehehe..abah jenis yang x suka amik gambar..so gamba2 lame je ada..kalau abah baca blog kakak ni jangan marah ea,kakak curi gamba abah..hehehe..kredit to si gedik nina for sending this pictures ...love you.muahhh...hee




No comments:
Post a Comment
Komen seikhlas hati bukan sesuka hati